Sunday, December 20, 2015

Beli Rumah Murah Secara Lelong di Malaysia

Assalamualaikum..
Kalini saya nak menulis mengenai beli rumah secara lelongan awam. Kat mana nak tau rumah yang dilelong?
Biasanya rumah yang dilelong ni diiklan di akhbar tempatan, korang bole cek bahagian iklan surat khabar. Contoh macam ni.










pilih area atau rumah yang anda rasa berminat. Biasa detail2 seperti alamat, harga lelongan dan butir2 lain bole didapati dari auctioner. Ok jadi saya pilih rumah yang  nak buat research sebelum membeli rumah lelongan ni. Biasanya yang di iklan di surat khabar adalah rumah yang dilelong oleh pihak Bank. Jadi kita pilih satu property for sale untuk buat research.


Perkara penting yang perlu tahu, sebelum membeli rumah lelong. Detail2 seperti :-
Nama Bank : RHB Bank Berhad (Property di lelong oleh pihak bank)
Nama peminjam : Manimaran a/l Kanappram
Tarikh Auction : 5hb Januari, 2016.
Pihak Lawyer : Tetuan Che Mokhtar & Ling
Pihak Auctioner : Ilias Management Services.
Harga Property : RM 2,900,000.00
Alamat Property : No. 12 A, Jalan PJS 9/4A bandar sunway, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Jenis Rumah : Rumah Teres dua tingkat lot tepi di ubah suai.


Next step apa perlu kita buat sebelum membeli rumah lelong ini. Kita hubungi pihak Lawyer atau Auctioner untuk Peristiharan Jualan dan syarat jualan. Sebelum auction kita kene pastikan rumah dan detail lain.

Saya berikan contoh Perisytiharan Jualan yang diemail oleh pihak Auctioner kepada saya.

Detail lengkap seperti cukai, keluasan tanah, syarat2 nyata dan lain2. Anda juga boleh membuat carian persendirian di pejabat tanah untuk melihat sekiranya hartanah ini di kavietkan.

Tinjauan seterusnya adalah rumah, ni rupa rumah untuk dilelong. 


Wow, sesuai lah dengan harganya 2JUTA +++ huhuhu... untuk yang berminat boleh tunggu time auction untuk membida rumah ini. Satu perkara lagi, sebelum menghadiri auction anda perlu menyediakan 10 % bank draft dari harga Auction diatas nama bank.  Auction akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah ALAM, pukul 10.30 pagi. Pastikan anda datang awal sebelum auction bermula yea. Sesiapa yang berminat atau mencari rumah area Petaling Jaya, Selangor jangan lepaskan peluang untuk membida rumah ni.


No comments:

Post a Comment